Imbasan petang Isnin di LCCT. 'Trima kasih ats segalanya... sungguh terharu dan gembira dpt jumpa anak2.... Harap syg dpt jumpa mr.right'. Lawak kan. Aku pun memang tak dapat ubah panggilan begitu juga dia. Banyak rumusan yan aku dapat dari pertemuan singkat itu.
Mungkin juga rumusan ini adalah untuk menenangkan hati aku, menyedapkan jiwa ragaku. Tapi, bila habis bab rumusan timbul plak bab Ha!! aku! Aku lah. Sorang diri , memangla ada keluarga tapi tak sama dengan soulmate, sebantal, setilam,. Kata mudah perkongsian 2 jiwa. Jiwa kacau betul. Perkongsian segala bende. Aku tak tahu apa aku risaukan. Padahal selama 3 tahun ini aku boleh berurusan sendiri. Tapi... dulu aku memang buat keputusan sendiri, lepas tu aku ade tempat untuk aku mengadu, merujuk kembali. Walau tempat itu tak tetap diamnya. Sekarang semua atas aku. Wah! hebat aku ni. Akulah ketua. Ketua gila kuasa. Hahahaha!!! Sewel dah.
Cerita aku tak sehebat dulu. Cerita aku pada akan datang mungkin ada yang tertinggal. Mungkin cerita Salma giginya patah. Mungin giginya dah tumbuh kembali baru kuingat untuk bercerita. Aku minta maaf dulu. Kita dah tak sama macam dulu. Ini kemahuan mu. Aku turutkan. Aku bukan seorang yang pegang lutut orang lain dan tunduk merayu. Bukan aku. Walau sebenarnya aku tak segagah mana untuk menghadapinya. Walau kau kata aku tak mempertahankan hak aku. Kau yang tak mempertahankan hak kau. Mungkin kau ada rasa menyesal. Tapi sesal kemudian tak berguna. Hilang semua yang diangankan, dibicarakan tentang masa depan. Semua harus dirombak hanya kerna aku tinggal seorang. Walau aku hampir kalah. Aku harus ke depan. Tepi! sila beri aku laluan. Kasarnya. Tumpang lalu ye nak ke depan sana. Madah berhelah pula.
Cemburu aku melihat potret di dompetmu. Dulu kau tidak begini. Cemburu aku melihat telefonmu my dearie... OOO dulu kau tidak begini. Tapi mungkin bukan kau yang lakukan semua itu, tekaan aku. hehehe jahatkan. Rumusan terakhir sememangnya aku tidak diperlukan lagi dalam hidupmu, tapi jangan kau lupa darah daging yang ditinggalkan. Makan minum pakainya, pelajarannya, tempat tinggalnya, perkahwinannya. Semoga hidupmu sempurna sempena nama tempat tinggal mu Semporna.
No comments:
Post a Comment