Sunday, January 30, 2011

SAYUNYA....

mmmm.... sayu ye ke... pilu ye ke... seronok ntahlaaa... yang pasti aku bersyukur. buat masa ni harapan itu, kalau disamakan dengan cuaca mendung nak berarak ke cerah, tapi tak cerah lagi. Risau masih di hati. Selagi belum terbang ke sini ia belum boleh disahkan sebagai harapan yang pasti. Tapi pastikah ini satu keputusan yang betul. Ini yang aku mahu kah?

Melihat anak-anak, mereka menjadi korban. Korban kasih. Persetankan!, mereka bahagia walau dirumah yang sempit ini. Ruang yang sempit, tapi penuh kasih sayang. Cuma tiada kasih setia rela berpayahan bak lagu aris ariwatan. Ramai dayang2 memberi perhatian, cuma kasih yang satu itu tiada galang ganti. Mereka membesar dengan penuh kasih sayang tapi kasih itu yang tiada. Tapi, adakah itu satu keperluan atau adakah itu satu kemestian untuk mereka membesar menjadi orang besar atau orang kecil. Mampukah mereka membesar dengan tiadanya kasih itu. Atau sebenarnya aku yang kata ia mesti walau mereka tak kisah. Sungguh mereka tak kisah atau satu hari nanti aku jua yang dipersalahkan. Aku kah yang salah? Adooiiii persoalan demi persoalan menujah ruang otak aku yang sempit ni. Sempit ke...



Lega hati dapat sms dah naik kapai. Walau diluar hujan seakan tak mahu berhenti, bagi aku cerah secerah cerahnya. mungin lagi 3 jam akan sampai. Suka ke aku. aku suka. Orang tak sekolah je cakap tak suka. Itu hakikat. Soulmate from 2002. Elleeh... macam lama sangat.
Tappi still risau... sampai ke tak sampai. Hujan tak berhenti tapi tak lebat. Tapi kat semenanjung ni dah ada tempat yang banjir. Ish apa kena mengena banjir ngan airplane ni... Kecelaruan fikiran. Itulaa dia..

Mak dah mula kan zikirnya.. Sorry mak, hati nyah ni tak aman. Tutup lappy. Umar meh ibu mandikan ye.... Nak menyelamatkan keadaan diri sendiri, dari disedari hati aku bercelaru ni.

1 comment:

fyzi said...

akak mula kn hidup baru kak.
akak boleh kak