Sunday, August 14, 2011

Nanar Sekejap



Petang Jumaat 12 Ogos 2011. Hujan selebat-lebatnya. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Aku masih lagi berada di pejabat. Kak ita, Kak Ani, Saiful dan Kak Nor menjadi tetamu di bilik ku. Hujan masih lebat, dari pukul 5 tertangguh ke 5.30 baru aku keluar dari pejabat.


Dipertengahan jalan, dapat penggilan dari Yana. Terus aku pusing stereng menuju ke Stesen Komuter Bangi. Tunggu-tunggu punya tunggu Yana tak sampai-samapi. Rupanya komuter 'sangkut' di Batang Benar.


Terus aku keluar dari parking menuju ke sekolah Sofiya.


Sampai di sekolah Sofiya tak ada. Puas aku kehulu ke hilir cari Sofiya. Mata dah panas. Tapi hati tak berdebar-debar. Sofiya dah sampai rumah agaknya. Aku telefon emak, tapi jawapannya Sofiya tak sampai lagi. Pusing, nanar aku dibuatnya.


Aku masuk kereta dan terus ke Tadika Epal pula. Hati masih tak keruan hinggakan Teacher Nolia bertanya samada aku tak sihat. Aku jawab, saya risau Sofiya tak ada kat sekolah dia. Salma dan Ali masuk kereta. Telefon aku mode silent? Mungkin dalanm kekalutan tadi tertukar ke mode silent. Ada 2 panggilan dari rumah mak. OOO rupanya Sofiya dah sampai rumah.


Sofiya... Sofiya... buat ibu nanar hari ini. Tak mau buatlagi ye...


Kakak, ibu dah cakap ibu akan ambil kakak. So, kakak kena tunggu sampai ibu datang , walaupun lambat. Kalau ibu tak datang, acik kamu yang datang, tak pun kawan ibu yang kaka kenal macam cik am... berjuraian air mata sofiya. Bukan Sofiya je aku pun sama. Aku dah terbayang cerita Kasih Alia.. Moga dijauhkan Ya Allah. Lindungi anak-anak ku dari kejahatan di dunia ini Ya Allah.





Ketika tunggu Yana di parking UKM , stesen komuter Bangi.








No comments: