Eh... tempat tu, aku pernah pergilaa, dengan sape ek. Oh ya, makan dengan J. Ok laa makanannya. Dewan depan aku ni pun aku pernah pergi. Bila ya.. OOOooo kenduri kahwin anak En. Mohd. Dengan siapa. Siapa lagi, tak da orang lain. Eh! Bangunan tu,aku pernah masukla pendaftaran pelajar master. Tahun 2001. Alhamdulillah ingatan masih kuat. Tapi sayang belajar tak habis. Siapa? Siapa lagi J laa. 2 semester ja.
Sana sini situ J. Haiyaa.. aku dikelilingi bayangan dia. Aku yakin aku tak gila bayang. Hahaha :)
Sekali cinta , aku tetap cinta. aku tidak akan membenci. 10 tahun memori itu bukan mudah untuk dipadam begitu sahaja. Biarlah, biar ia lusuh sendiri.
Ya Allah, kuatkan jiwaku ini. Untuk diriku, anak-anakku dan ibu bapaku juga adik beradik ku yang banyak membantuku. Aku tahu ini hanya dugaan kecil darimu. Aku tahu dari kesusahanku ini, pasti ada kelapangan di kemudian hari, jika bukan untukku ia adalah untuk anak-anakku, Sofiya, Salma, Ali dan Umar. Tapi Ya Allah kumohon Ya Allah kau tetapkan jiwa dan hatiku untuk bertahan dan memohon padaMu. Sesungguhnya kaulah Ar Rahman Ar Rahim.
No comments:
Post a Comment