Hari ini aku pergi ke pejabat
Hajat di hati nak buat kerja
Tapi sistem kewangan disini buat hal pula
Cepatla ok sistem ooiii
Tiba-tiba aku rasa rindu sangat dengan rumah aku
hampir seminggu aku tidak pulang ke rumah
Ahad lepas aku tidak sihat tiba-tiba
Tidak pernah aku mengalami rasa sebegini
MC dua hari, hari yang lain kugagahkan untuk ke pejabat
Walau di pejabat tahap kecekapan aku menurun 70%
Janji aku ada untuk tidak membantukan kerja sahabatku
Aku sangat-sangat bersyukur rumah orang tuaku berhampiran sahaja
Jika tidak siapa yang akan menengokkan tiga beradik tu
Balik pejabat aku terus berbaring
Tak boleh makan apa sahaja malahan air kosong
Semuanya akan keluar
Bawah mata aku pun dah menunjukkan longkang
Alhamdulillah .... hari ini aku dah boleh makan
Hanya kuantiti yang sedikit
Berila aku kekuatan Ya.. Allah
No comments:
Post a Comment